Beberapa ekor anak penyu spesies Penyu Hijau (Green Turtle) yang dipelihara di bawah program konservasi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bakal dilepaskan ke laut dari Pulau Satang Besar. Pulau tersebut yang terletak di perairan Damai dan Santubong telah sekian lama menjadi pendaratan penyu betina menetaskan telur pada Waktu malam.
Perjalanan menaiki bot menuju ke Pulau Satang Besar akan mempertemukan pengunjung dengan pulau batu ini yang dinamakan 'Pulau Burung' oleh penduduk setempat kerana sering menjadi persinggahan burung camar yang bermigrasi pada musim tertentu.
Jejak penyu yang telah mendarat untuk bertelur jelas kelihatan di permukaan pantai Pulau Satang Besar. Pulau berkenaan yang terletak di perairan Damai dan Santubong merupakan antara salah satu pusat konservasi penyu yang dijalankan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Daerah Bau menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi yang unik dan memukau. Salah satunya ialah batu-batu kapur terhakis yang menghasilkan lorong sempit dan arca yang membentuk formasi seakan-akan sebuah labirin. Formasi alam semula jadi ini boleh dilawati di Paku Rock Maze Garden yang terletak berhampiran Pekan Bau.



